Dataran baru serba moden dijangka ‘pulihkan’ pekan Rantau Panjang

RANTAU PANJANGMajlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kini sedang giat melaksanakan projek pembinaan Dataran dan Menara Tinjau Pekan Rantau Panjang sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh ekosistem industri negeri Kelantan serta mempertingkatkan ekonomi rentas sempadan di Pantai Timur.

Antara fokus utama ECERDC ialah menaik taraf kemudahan awam dan infrastruktur bandar sempadan di Rantau Panjang, bagi menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelancongan melalui kemudahan yang lebih moden serta mesra pengunjung.

Selain itu, beberapa projek jambatan baharu turut dirancang bagi memudahkan mobiliti barangan dan pelawat. Ini termasuk Jambatan Pengkalan Kubor–Tak Bai dan Jambatan Rantau Panjang–Golok yang masih dalam perancangan, serta Jambatan Palekbang di Kelantan yang kini telah mencapai 22 peratus kemajuan pembinaan.

Projek Dataran Rantau Panjang dijangka mampu mengembalikan kemeriahan pelancongan di kawasan bersempadan ini, yang suatu ketika dahulu menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara.

Berteraskan seni bina Melayu tradisional, dataran baharu itu akan dilengkapi medan selera, kawasan kiosk jualan yang tersusun dan selesa, serta menara tinjau setinggi tiga tingkat yang bakal menjadi mercu utama dan tarikan ikonik baharu Pekan Rantau Panjang.

#KelantanDaily

TERKINI

Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Dua Pelajar Perempuan Ditemui Maut Jatuh Dari Flat Terbiar Di Ipoh
|
Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas…
Sejarah Tercipta! Aliff Rakib Raih Gelaran Dunia Pertama Malaysia Di ONE Championship
|
Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib, mencipta sejarah apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!