[VIDEO] Ujian Najis Burung Diperkenal Dalam Pertandingan Merbah Jambul Di Rantau Panjang

Pertandingan seni suara burung terus menjadi antara aktiviti masyarakat tempatan di Kelantan yang dilestarikan, khususnya di Kampung Tersang, Rantau Panjang, yang sejak lima tahun lalu meriah dengan kicauan merdu burung Merbah Jambul atau lebih dikenali sebagai 'Candik' dan juga 'Ngobok Jambul' dalam kalangan penduduk setempat.

burung merbah jambul

Burung Merbah Jambul (Foto: Lemon8 @ redshaw75)


Pertandingan itu menarik penyertaan peminat tempatan serta dari negara jiran, Thailand, yang menyertai pertandingan memperdengarkan suara haiwan peliharaan itu serta berkongsi keunikan masing-masing.

Bagaimanapun, sejak dua tahun kebelakangan ini, penyertaan dilaporkan merosot susulan dakwaan terdapat pemilik yang menggunakan campuran bahan terlarang bagi menjadikan burung kekal aktif dan terlalu galak ketika pertandingan.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peserta kerana ia mengubah keaslian suara, gaya dan keunikan semula jadi burung, selain mencetuskan isu ketidakadilan dalam pertandingan.

Susulan itu, pihak penganjur mengambil langkah pencegahan dengan memperkenalkan ujian najis ke atas setiap burung yang menyertai pertandingan bagi mengesan sebarang penggunaan bahan terlarang.

Malah, ujian sama turut dilakukan terhadap burung yang diisytiharkan sebagai pemenang bagi memastikan ketelusan dan keadilan pertandingan terus terpelihara.


Dalam pertandingan yang diadakan baru-baru ini, seramai 60 ekor burung merbah jambul mengambil bahagian, dengan rata-rata peserta menyatakan kepuasan terhadap langkah baharu tersebut kerana memberi keyakinan bahawa pertandingan dijalankan secara bersih dan adil tanpa unsur manipulasi kimia.


Sumber: Buletin TV3

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan