Dua Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Sungai Kelantan Berhampiran Pasir Pekan

Dua mayat lelaki masing-masing ditemukan terapung pada jarak kira-kira 100 meter antara satu sama lain di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Tumpat, pada Jumaat.

Kedua-dua mangsa yang berusia 31 dan 42 tahun itu ditemukan sekitar jam 7 dan 7.55 malam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihak polis bertindak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-dua mayat terapung di tepi tebing sungai dan tiada sebarang kesan kecederaan luaran pada tubuh mangsa.

“Mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, hasil pengesahan pegawai perubatan mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah akibat lemas.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di talian 09-725 7222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.


Dalam masa sama, orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mengutamakan aspek keselamatan, khususnya ketika berada di kawasan sungai.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!