Lelaki Cedera Ditimpa Pokok Ditebang Di Kampung Tepus Pauh Lima, Bachok

Seorang lelaki berusia 45 tahun cedera selepas ditimpa sebatang pokok yang ditebang dalam satu kejadian di Kampung Tepus Pauh Lima, Bachok, petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.23 petang itu, mangsa tersepit pada bahagian peha di bawah batang pokok sebelum diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Komander Operasi, Mohd Ramzi Mohd Zaim berkata, pihaknya mengerahkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati mangsa tersepit di bahagian peha di bawah pokok yang ditebang.


“Mangsa kemudiannya dibawa turun dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!