Isu Kerugian RM200 Juta Agrobank: KPKM Serah Siasatan Kepada PDRM & BNM

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat isu kerugian Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) membabitkan lebih RM200 juta akibat kes jenayah penipuan dalam talian.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara berkenaan terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kita serah 100 peratus kepada mereka untuk menyiasat, saya tak boleh berikan komen lanjut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan Madani Agro, semalam.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam jawapan bertulis di Parlimen mengesahkan Agrobank mengalami kerugian RM203.8 juta akibat penipuan dalam talian yang dilaporkan pada November tahun lalu.

Beliau memaklumkan seramai 47 individu ditahan berkaitan kes itu, dengan tiga daripadanya telah didakwa mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan atas kesalahan penggunaan akaun keldai.

Saifuddin turut menjelaskan bahawa penipuan tersebut tidak melibatkan sebarang akaun pelanggan institusi kewangan berkenaan.



Siasatan terhadap 44 suspek lain masih diteruskan, manakala polis sedang memuktamadkan kertas siasatan dengan bantuan CyberSecurity serta Bank Negara Malaysia.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
Jawatan Kosong Kelantan