Hafizah 30 Juzuk, Bekas Pelajar Pondok Cemerlang STPM

Seorang pelajar pondok dan hafizah 30 juzuk al-Quran membuktikan latar belakang pendidikan serta cabaran keluarga bukan penghalang untuk mencapai kejayaan apabila memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025.

Tunku Nur Syakirah Tunku Badruzzaman, 22, berkata, dia memilih menduduki STPM selepas memikirkan masa depan serta keadaan keluarganya, selain menyimpan impian untuk menjadi guru Bahasa Melayu.

Bermula Dari Sekolah Pondok

Menurutnya, laluan akademiknya sedikit berbeza berbanding rakan seusia apabila mula belajar di Madrasah Nurul Iman, Batu Lima, Sik sejak berusia 13 tahun sehingga berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Katanya, dia hanya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara persendirian ketika berusia 19 tahun sebelum menyambung pengajian di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin.

"Walaupun keputusan tidak sentiasa baik, kita perlu sentiasa berusaha, memperbaiki kelemahan dan menguatkan hubungan dengan Allah SWT," katanya.

Jaga Bapa Sebelum Ke Sekolah

Lebih menyentuh hati, Tunku Nur Syakirah bersama adiknya, Tunku Nur Sakinah, 20, yang turut memperoleh PNGK 3.92, akan bangun seawal jam 5 pagi setiap hari bagi menguruskan bapa mereka yang terlantar akibat strok sejak 10 tahun lalu.

"Kami mandikan ayah, bantu keperluannya terlebih dahulu sebelum bersiap dan pergi ke sekolah," katanya.

Katanya, sebaik pulang dari sekolah, mereka akan kembali mengambil alih tugas menjaga bapa.

Anak keempat daripada tujuh beradik itu menyifatkan kejayaannya adalah hasil pengorbanan ibunya, Sharifah Hasaniah Syed Hassan, 55, yang menjadi tulang belakang keluarga dengan menguruskan segala keperluan harian.

Sumber: Sinarplus

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!