Remaja 18 Tahun Ditahan Bersama Sejumlah Haiwan Dilindungi Di Tumpat

Seorang remaja berusia 18 tahun ditahan selepas dipercayai memelihara beberapa spesies hidupan liar dilindungi tanpa permit dalam serbuan di Kampung Bunuhan, di sini, pada Ahad.

Serbuan kira-kira jam 3.15 petang itu dijalankan anggota Risik dan Task Force Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menerusi Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan lesen atau permit sah bagi pemilikan hidupan liar tersebut.

Antara haiwan yang dirampas ialah seekor helang merah, seekor burung hantu carik kafan dan dua ekor musang pandan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM48,500. Helang merah sahaja dianggarkan bernilai RM20,000.

HELANG MERAH


Menurut beliau, suspek yang tidak mempunyai rekod lampau mendakwa semua haiwan itu milik bapanya dan dia hanya bertanggungjawab menjaga, merawat serta memberi makan kepada haiwan berkenaan.

Katanya, suspek memaklumkan hidupan liar tersebut diperoleh bapanya dari kawasan Gua Musang dan telah dipelihara sejak kira-kira empat tahun lalu.

"Ketika serbuan dijalankan, bapanya dikatakan sedang bekerja sebagai buruh binaan di Gua Musang dan gagal dihubungi," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Tambahnya, semua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Perhilitan Kelantan untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Ahmad Radzi berkata, pihaknya akan terus mempergiat risikan dan pemantauan bagi membanteras aktiviti pemilikan, pemeliharaan serta perdagangan hidupan liar dilindungi tanpa permit.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!