Rundingan Projek Rel Rantau Panjang–Sungai Golok Disambung Selepas Kerajaan Baharu Thailand Terbentuk

Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia menyambung semula rundingan dengan Thailand berhubung projek sambungan rel dari Rantau Panjang, Kelantan ke Sungai Golok sebaik negara itu menubuhkan kerajaan baharu pasca pilihan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perbincangan awal sudah pernah diadakan antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan pihak Thailand tahun lalu, namun proses itu tergendala susulan pertukaran kerajaan di negara berkenaan.

Menurut beliau, ketiadaan kerajaan yang stabil di Thailand ketika ini menyebabkan rundingan rasmi tidak dapat diteruskan.

“Saya sudahpun pergi berjumpa dengan Menteri Pengangkutan Thailand pada tahun lepas. Tapi selepas saya jumpa beliau, dua tiga bulan kemudian kerajaan mereka jatuh.

“Saya memang berhasrat hendak jumpa balik dengan Menteri Pengangkutan yang baharu supaya kita dapat beri keutamaan bagi kedua-dua sambungan sama ada di Golok–Rantau Panjang dan juga di Padang Besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Anthony Loke berkata, perbincangan di peringkat jawatankuasa kerja teknikal sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah, namun keputusan dasar daripada kedua-dua negara diperlukan bagi membolehkan projek sambungan rel itu direalisasikan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Perbadanan Aset Keretapi (RAC) akan menimbangkan tapak alternatif untuk ditawarkan kepada peniaga dan penyewa tanah rizab kereta api yang terjejas akibat projek pembangunan rangkaian rel.

“MOT melalui RAC memahami kebimbangan penyewa tanah rizab kereta api, khususnya mereka yang telah lama menjalankan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan.

“RAC akan membantu mengenal pasti dan mempertimbangkan tapak alternatif yang bersesuaian untuk ditawarkan kepada peniaga terbabit,” katanya.



Dalam masa sama, beliau berkata projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu akan dibuka sepenuhnya pada bulan Mac selepas kedua-dua fasa pembinaan siap.

“Menjelang Mac nanti ia akan dibuka sepenuhnya. Lapangan Terbang Kota Bharu yang baharu dan moden ini akan dapat digunakan oleh pengguna dan penumpang,” katanya.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’
|
Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai…
Kabinet Thailand Lulus Projek Bersama Malaysia Kurangkan Risiko Banjir Sungai Golok
|
Kabinet Thailand meluluskan pelaksanaan projek alam sekitar bersama Malaysia…
PASTI Terengganu Rangkul Anugerah Prasekolah Terbaik Dunia
|
Jabatan PASTI Negeri Terengganu mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima…
Pengasas Produk Dipanggil JAHEIK, Bantu Siasatan Majlis Hari Jadi Tema Bunian
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah memanggil…
Pemuda Dari Bachok Maut Motosikal Jatuh Gaung Di Puncak Gerik
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke…
9 Tahun Menunggu, Wanita Akhirnya Bernikah Dengan Lelaki Dalam Penjara Tanah Merah
|
Seorang wanita akhirnya menamatkan penantian hampir sembilan tahun apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!