[VIDEO] Kelantan Red Warrior Bangkit Tewaskan Kedah FA 2-1 Di SSMIV

Kelantan Red Warrior FC bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Kedah FA 2-1 pada aksi Liga A1 Semi Pro 2025/26 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Skuad kendalian Irfan Bakti memburu kemenangan bagi membalas dendam kekalahan pusingan pertama kepada lawan sama, namun berada dalam masalah besar selepas Jasmir Mehat meledak gol pembukaan pada minit ke-57 buat pasukan pelawat.

Gol itu berpunca daripada gerak balas Abubakar Yakubu yang memperdayakan dua pertahanan Kelantan Red Warrior sebelum melorongkan bola rendah untuk disudahkan dengan rembatan lencong Jasmir Mehat, sekali gus menewaskan Shafiq Afifi.

Bagaimanapun, Emmanuel Mbarga mengikat kedudukan selang tiga minit kemudian selepas menanduk masuk tandukan awal kapten pasukan, Arham Khussyairi.

Kebangkitan tuan rumah dilengkapkan menerusi jaringan Faiz Nasir yang menerima hantaran daripada Fazli Ghazali sebelum meledak jaringan cantik kaki kiri pada minit ke-69, sekali gus menggegarkan gelanggang keramat Red Warrior dengan sorakan penyokong merah putih.

Pada aksi tersebut, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan sengit sejak wisel permulaan babak pertama, namun banyak peluang gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Irfan Bakti yang menurunkan dua import baharu, Wesley Barnaske dan Phillip Dandada Musa, kerap menyusun gerakan ke arah gawang Kedah FA, namun penyudah akhir mengecewakan. Pasukan pelawat pula hampir beberapa kali menambah jaringan menerusi percubaan tinggi Aiman Afif serta Nabil Latpi yang terkena tiang.

carta liga A1 semipro 2025/26 januari

Kedudukan terkini Liga A1 Semipro 2025/26 minggu ke 14 (Foto: Kelantan Red Warrior FC)





Tiga mata yang diraih meletakkan Kelantan Red Warrior di kedudukan ketiga carta liga dengan 35 mata daripada 18 perlawanan, lima mata di belakang pendahulu Selangor FC II dan tiga mata di belakang JDT FC II.


Sumber: Kelantan Red Warrior FC

SHARE:


TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!