Bapa Didakwa Cuba Bunuh Anak Perempuan Berusia Tiga Tahun Di Pasir Puteh

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh anak perempuan kandungnya yang berusia tiga tahun, dalam kejadian yang didakwa berlaku pertengahan bulan ini.

Tertuduh, Mohamad Hairel Huzairiey Hazmi, 24, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan cubaan membunuh dengan niat menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku di Jalan Pak Mayong berhampiran Pangkalan Maritim Tok Bali, Pasir Puteh, kira-kira jam 7 pagi pada 14 Januari 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.



Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Zulfaqar Al Basysyar.

BERKAITAN: Bapa Positif Dadah Ugut Bunuh Anak Sendiri Yang Berusia Dua Tahun Di Tok Bali



Mahkamah tidak menawarkan sebarang ikat jamin dan menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Warga Emas 83 Tahun Maut Cedera Parah Di Kepala Di Baung Bayam, Kota Bharu
|
Polis Kelantan mengesahkan seorang lelaki warga emas maut akibat…
Ibu Di Kuala Krai Tabah Jaga Bayi Hidrosefalus, Harap Anak Membesar Sihat
|
Bagi seorang ibu, melihat anak membesar dengan sihat sudah…
Bengkel Buat Bakul Lori Terbakar Di Wakaf Bharu, Kerugian Cecah RM40,000
|
Seorang pemilik bengkel membuat bakul lori mengalami kerugian lebih…
Penghantar Makanan Hilang Kaki, Ibu Rayu Pemandu Langgar Lari Bertanggungjawab
|
Seorang ibu tidak mampu menahan sebak apabila anak lelaki…
Kelantan Red Warrior FC Seru Penyokong Penuhi Stadium, Tawar Tiket Beli 1 Percuma 4
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) nampaknya benar-benar mahu melihat…
Seleweng Dana Zakat RM230 Juta, SPRM Tahan Tiga Individu
|
Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan…
Jawatan Kosong Kelantan