Kilang Padi Beras Darulnaim di Mukim Tasik Berangan, Gual Periok, Pasir Mas kini beroperasi sepenuhnya dengan kapasiti pemprosesan sehingga 600 metrik tan padi sehari, sekali gus memperkukuh rantaian industri padi dan beras di Kelantan.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Dato' Ust Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail menerusi satu perkongsian di Facebook beliau selepas melakukan lawatan ke kilang berkenaan.
Menurut beliau, lawatan itu turut disertai Dato' Sr. Hj Zamri bin Hj Ismail, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad bagi meninjau operasi penuh kilang tersebut.
“Kilang ini kini beroperasi sepenuhnya dengan kapasiti pemprosesan sehingga 600 metrik tan padi sehari, sekali gus memperkukuh rantaian industri padi dan beras negeri Kelantan,” katanya.
Turut hadir dalam tinjauan itu ialah Dato’ Shaari Mat Hussain yang juga Timbalan Exco Pertanian, serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain iaitu Nik Bahrum, Nor Sham Sulaiman, Ustaz Mohd Rodzi Jaafar dan Almidi Jaafar.
Menurut beliau lagi, kemudahan Kilang Padi Beras Darulnaim dijangka menjadi antara pemangkin utama dalam meningkatkan kebajikan pesawah, mempercepat urusan pemprosesan padi serta menjamin keterjaminan bekalan beras tempatan di Kelantan.
SHARE:
