Ibu Cina Kongsi Perkembangan Positif Selepas 3 Bulan Hantar Anak Ke Tadika Pasti

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) mencuri perhatian warganet dan mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

Menurut Zhu Er Chan, 31, beliau membuat keputusan itu kerana perlu pulang ke kampung halamannya di Cha’ah, Johor selama kira-kira tiga bulan bagi menguruskan urusan keluarga.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut, beliau mencari tadika yang boleh menerima kemasukan anaknya untuk jangka masa pendek, namun hanya tadika Pasti Cha’ah yang bersedia menerima anaknya, Low Zi Kang, 3.

“Sebab utama saya menghantar anak ke Tadika Pasti adalah kerana saya perlu pulang ke kampung saya buat sementara waktu.

“Saya gembira anak saya dapat belajar agama Islam sejak kecil. Ini adalah satu pengalaman yang baik buat kami,” katanya.

anak cina tadika pasti



Low Zi Kang, yang mesra dipanggil “Kang Kang”, mula bersekolah di tadika berkenaan pada November 2025 ketika berusia dua setengah tahun.

Sepanjang hampir tiga bulan mengikuti sesi pembelajaran, Zhu Er berkata beliau melihat banyak perkembangan positif dari segi emosi dan pembelajaran awal anaknya.

Menurutnya, Kang Kang kini sudah boleh menyebut beberapa perkataan asas dalam Bahasa Melayu, selain menyanyi dan menari lagu-lagu Melayu.

“Walaupun hanya untuk tempoh tiga bulan, saya nampak perubahan yang sangat memberangsangkan. Anak saya kelihatan sangat gembira.

“Dia boleh sebut ‘ibu’, ‘duduk’ dan kira satu sampai lima walaupun baru berusia tiga tahun,” katanya.

Zhu Er turut berkongsi pengalaman positif mengenai penerimaan di tadika itu apabila anaknya disambut baik oleh rakan-rakan serta guru.

“Setiap pagi bila sampai depan pintu, ramai yang keluar jemput, cium dan salam dengan dia,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui menerima reaksi bercampur-campur daripada masyarakat bukan Islam terhadap keputusannya itu, termasuk kritikan dan mesej peribadi yang tidak bersetuju.



Zhu Er berkata, beliau memilih untuk tidak melayan komen negatif dan berharap semua pihak dapat saling menghormati agama, budaya serta keputusan masing-masing.

Sumber: Malaysiakini

SHARE:

TERKINI

Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan