Ramai antara kita mengadu jalan berlubang, rosak atau gelap — tapi tidak semua tahu siapa sebenarnya pemilik dan pihak yang wajib membaiki jalan tersebut.
Hakikatnya, bukan semua jalan di Malaysia di bawah JKR semata-mata. Jalan dibahagikan mengikut jenis, fungsi dan bidang kuasa, seperti dikongsikan dalam infografik yang KD sediakan dibawah.
Berikut penjelasan ringkas dan padat untuk 8 jenis jalan utama di negara ini 👇
1️⃣ Jalan Persekutuan
Jalan Persekutuan ialah laluan utama negara yang menghubungkan bandar, daerah, negeri serta kemudahan penting seperti lapangan terbang dan pelabuhan.
➡️ Pihak bertanggungjawab: Kementerian Kerja Raya (KKR) / JKR Malaysia
➡️ Penyelenggaraan: Dilaksana melalui kontraktor konsesi yang dilantik kerajaan
2️⃣ Lebuhraya Persekutuan Bertol
Merangkumi semua lebuh raya bertol utama negara.
➡️ Pihak bertanggungjawab: KKR & Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
➡️ Penyelenggaraan: Syarikat konsesi lebuh raya masing-masing
3️⃣ Jalan Negeri
Jalan yang menghubungkan kawasan dalam negeri dan bukan jalan Persekutuan.
➡️ Pihak bertanggungjawab: JKR Negeri
➡️ Penyelenggaraan: Diurus sepenuhnya oleh kerajaan negeri
4️⃣ Jalan FELDA, FELCRA, Industri & Lembaga Kemajuan Wilayah
Biasanya berada dalam kawasan pembangunan khusus.
➡️ Pihak bertanggungjawab: JKR Malaysia
➡️ Catatan: Dibina khas untuk kawasan pembangunan dan industri tertentu
5️⃣ Jalan Kampung
Merupakan rangkaian jalan dalaman dalam kawasan luar bandar dan perkampungan.
➡️ Pihak bertanggungjawab: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
➡️ Penyelenggaraan: Melalui Pejabat Daerah atau agensi berkaitan
6️⃣ Jalan Bandaran
Jalan dalam kawasan bandar, taman perumahan dan pekan.
➡️ Pihak bertanggungjawab: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
➡️ Contoh: Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Dewan Bandaraya
➡️ Penyelenggaraan: Ditanggung sepenuhnya oleh PBT
7️⃣ Jalan Pertanian
Digunakan untuk pergerakan dalam kawasan ladang dan pertanian.
➡️ Fungsi: Memudahkan urusan hasil tani dan perhubungan ladang
➡️ Pihak bertanggungjawab: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
8️⃣ Jalan Pelancongan
Laluan ke destinasi pelancongan yang diwartakan sebagai jalan negeri.
➡️ Pihak bertanggungjawab: JKR Negeri
➡️ Fokus: Akses kawasan tarikan pelancong
Kenapa Penting Untuk Tahu Jenis Jalan?
Kerana saluran aduan dan tanggungjawab berbeza mengikut jenis jalan.
Jika salah salur aduan, tindakan akan jadi lambat — sebab itu kerajaan turut memperkenalkan sistem MyJalan bagi memudahkan aduan disalurkan terus kepada agensi yang betul.
📌 Kesimpulannya, sebelum salahkan JKR semata-mata, kenal dulu jenis jalan di kawasan anda.
Barulah aduan tepat, tindakan pun cepat.
SHARE:
