Ulasan Penuh Perlawanan Piala Malaysia Di Antara KRW FC Menentang DPMM FC

Hasrat Kelantan Red Warrior FC untuk mencipta kejutan di laman sendiri tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada DPMM FC pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2025/26 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Ketua jurulatih, Irfan Bakti melakukan lima pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding aksi menentang Selangor FC II, termasuk menurunkan Muhaimin Izzudin, Muhammad, Aikal serta gandingan penyerang Mazwan Che Mat dan Fazli Ghazali.

Aksi awal menyaksikan tuan rumah tampil lebih berani apabila seawal minit ketiga, penjaga gol DPMM FC, Haimie Abdullah Nyaring terpaksa bekerja keras menepis percubaan dari luar kotak penalti.

Seminit kemudian, kesilapan Jordan Rodrigues hampir dihukum namun rembatan Fazli Ghazali sedikit tersasar ke kanan gawang pelawat.

Namun kelebihan itu gagal dimanfaatkan sepenuhnya apabila Ramadhan Sananta membuka jaringan buat pelawat pada minit ke-30 hasil situasi kelam-kabut susulan sepakan sudut. Gol tersebut kekal hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Irfan memasukkan Latiff Suhaimi bagi mengukuhkan benteng pertahanan. DPMM hampir menambah gol pada minit ke-51 tetapi jaringan kedua Ramadhan dibatalkan kerana kedudukan ofsaid.

Menyedari keperluan mencari gol, Irfan Bakti melakukan tiga pertukaran serentak dengan memasukkan Zuasyraf, Niam dan Rafie Mat Yakob. Beberapa percubaan berjaya dihasilkan namun gagal menewaskan Haimie.



Malang buat tuan rumah apabila pemain gantian pelawat, Syafiq Ahmad menanduk masuk gol kedua hasil hantaran silang Miguel Oliviera pada penghujung perlawanan, memastikan kelebihan dua gol buat anak buah Jamie McAllister menjelang aksi timbal balik.

Perlawanan kedua dijadualkan berlangsung pada 24 Januari ini di Brunei.

Sumber: Kelantan Red Warrior FC

SHARE:

TERKINI

Menteri Besar Kedah Muncul Dalam Filem The Keris, Pegang Watak Panglima
|
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor…
Iran Lancar Serangan Dron Ke Atas Beberapa Kapal Milik AS
|
Ketegangan di perairan Teluk Oman kembali memuncak apabila Iran…
Anak Pertama Dari Kampung Pok Keral, Tumpat Dapat Sambung Belajar Ke Jerman
|
Seorang anak yatim dari Kampung Pok Keral, Tumpat mencipta…
Pemangku Raja Kelantan Zahir Penghargaan Kepada PM, Puji Kerjasama Negeri Dan Persekutuan
|
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra menzahirkan setinggi-tinggi…
PGA Dedah Penyeludup Masih Berani Isi Petrol Berulang Kali
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) mendedahkan masih terdapat kenderaan digunakan…
Terima Upah RM70, Dua Lelaki Ditahan Bersama 13 Lembu Seludup Dari Thailand
|
Dua lelaki yang didakwa menerima upah RM70 untuk menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan