Penduduk Kampung Relong Resah, ‘Lembaga Bercahaya Putih’ Ketuk Pintu Tengah Malam

Penduduk Kampung Relong kini hidup dalam keresahan apabila lebih 800 orang mendakwa gangguan misteri dipercayai melibatkan lembaga bercahaya putih sejak 5 Januari lalu.

Gangguan itu bukan sekadar cerita mulut ke mulut apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah penduduk berjaya merakam kejadian ketukan misteri pada jam 3.55 pagi, Khamis minggu lalu. Insiden terbaru pula dilaporkan berlaku beberapa hari selepas itu.

Seorang penduduk, Jamaliah Abd. Shukor, 65, berkata pintu rumah anaknya yang terletak bersebelahan turut diketuk sekitar jam 12 tengah malam pada 8 Januari lalu, menyebabkan seisi rumah terkejut dan ketakutan.

Menurut penduduk lain, bunyi ketukan aneh serta cahaya putih yang muncul secara tiba-tiba di sekitar rumah menyebabkan ramai tidak lena tidur dan bimbang akan keselamatan keluarga masing-masing.



Pihak berkuasa tempatan menasihatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada serta segera melaporkan sebarang kejadian luar biasa bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan