Taman Permainan Bukan Untuk Orang Dewasa, MD Beri Peringatan Tegas Kepada Pengunjung

Majlis Daerah Ketereh dalam satu kenyataan mengingatkan semua pengunjung bahawa peralatan di taman permainan awam adalah khusus untuk kegunaan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah sahaja.

Menurut pihak majlis, kemudahan permainan yang disediakan direka berdasarkan aspek keselamatan serta kesesuaian fizikal kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat bermain dalam keadaan selamat dan selesa.

Sehubungan itu, orang dewasa diseru agar tidak menggunakan peralatan permainan kanak-kanak bagi mengelakkan risiko kemalangan serta kerosakan fasiliti awam.



Majlis Daerah Ketereh turut menegaskan bahawa keprihatinan bersama amat penting dalam memelihara kemudahan awam supaya taman permainan kekal sebagai ruang yang selamat, tahan lama dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.

SHARE:

TERKINI

Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Bangsal Tersembunyi Dalam Semak Di Pasir Mas Rupa-Rupanya Stor Dadah
|
Seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas Pasukan Gerakan Am…
55 Pelajar Tahfiz Bachok Tawan Tiga Puncak Gunung Stong Sambil Khatam Al-Quran
|
Seramai 55 pelajar Maahaad Tahfiz Sains Al-Muhammadi (MTSM) Nipah…
Mufti Kelantan Tegur Wanita Promosi Pakaian Dalam Dengan Memakai Sendiri
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan segelintir…
Pasangan Kekasih Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM9.7 Juta Di Butterworth
|
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!