Pemilik Stesen Minyak Di Kota Bharu Meninggal Dunia, Isteri Terpaksa Lelong Barangan [VIDEO]

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan kematian suaminya pada 7 Januari lalu.

Penutupan stesen minyak itu turut tular di media sosial selepas satu video memaparkan seorang pekerja warga asing menangis apabila dimaklumkan bahawa premis tersebut akan ditutup, selepas dia berkhidmat di situ hampir 20 tahun.

pekerja shell menangis majikan meninggal dunia


Menurut Nina Suraya Sulaiman, 37, keputusan menutup premis itu bukan atas kehendaknya, sebaliknya terpaksa dilakukan mengikut polisi operasi stesen minyak berkenaan.

Katanya, stesen minyak milik arwah suaminya yang telah beroperasi hampir 17 tahun di Jalan Kebun Sultan itu perlu dihentikan serta-merta sekiranya pemilik meninggal dunia.

“Stesen minyak itu mempunyai polisi jika pemilik stesen meninggal, operasi terpaksa dihentikan serta-merta.

“Saya rasa sedih, selepas saya kehilangan suami yang meninggal selepas kena jangkitan kuman, premis milik arwah diarah tutup dan penghantar minyak juga dihentikan selepas dua hari suami saya meninggal,” katanya ketika ditemui pemberita.

@ninalongkaya

Maafkan i .. i dah cuba usaha buat yg terbaik… 18 tahun u bina…

♬ suara asli - Lanira Daily wear - Lanira Daily wear



Dalam usaha menampung kerugian, Nina Suraya berkata dia terpaksa mengadakan lelongan pelbagai barangan di premis berkenaan termasuk produk jualan stesen minyak sehingga diskaun 50 peratus, malah ada yang dijual pada harga modal.

Ujarnya, dalam keadaan emosi yang masih belum pulih, dia dibantu kira-kira 10 orang pekerja untuk menguruskan lelongan barangan tersebut, termasuk melalui siaran langsung di media sosial sehingga menarik perhatian ramai.



“Demi kelangsungan hidup, selepas ini saya terpaksa mencari peluang perniagaan lain untuk menyara lima orang anak saya yang berusia lebih setahun hingga 14 tahun. Semua masih bersekolah,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak pengurusan memberi tempoh dua bulan untuk mengosongkan stesen minyak tersebut dan baki barangan yang masih ada terpaksa dijual secara dalam talian dengan bantuan ahli keluarga.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Makmal Bertaraf Global Dibuka, Kelantan Sasar Jadi Hab Industri REE Lengkap
|
Kelantan menyasarkan pembangunan rantaian industri unsur nadir bumi bukan…
Lelaki Dicekup Selepas Diekori 30KM, 1.2 Tan Minyak Masak Subsidi Dirampas
|
Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!