Disangka Ikan Besar, Rupanya Jasad Wanita, Pemancing Kongsi Detik Selamatkan Wanita Lemas

Objek yang disangkakan ikan besar di tengah Sungai Kelantan rupa-rupanya jasad seorang wanita yang sedang tenggelam timbul dipercayai akibat lemas dalam satu kejadian pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu disaksikan dua pemancing yang keluar memancing menaiki bot berasingan.

Seorang daripada mereka, Engku Aris Raja Yaacob, 68, berkata beliau yang menaiki bot dari Kampung Kutan, Wakaf Bharu sedang mencari lokasi memancing sebelum dipanggil rakannya yang berada di hadapan.

“Rakan memaklumkan nampak objek dalam sungai dan menyangka ia ikan besar. Namun selepas melihat objek itu tenggelam timbul, kami menyedari ia seorang wanita,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mereka menghampiri mangsa yang dianggarkan berusia 50-an dan menarik wanita tersebut ke tebing sungai menggunakan bot sebelum pasukan Unit Marin Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba di lokasi.

BERKAITAN: Wanita Hampir Lemas Di Sungai Kelantan, Diselamatkan Orang Awam Dan APM



Sementara itu, Pegawai Unit Marin APM, Mansor Ab Rashid berkata, mangsa diangkat ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.



Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan