Wanita Hampir Lemas Di Sungai Kelantan, Diselamatkan Orang Awam Dan APM

Unit Marin Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan telah merespon satu kes lemas melibatkan seorang wanita dewasa di Sungai Kelantan, berhampiran Jeti Feri Kota Bharu, selepas menerima maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mangsa difahamkan telah diselamatkan terlebih dahulu oleh orang awam sebelum enam anggota Unit Marin APM digerakkan bersama sebuah bot ke lokasi kejadian. Setibanya pasukan penyelamat, mangsa diangkat ke darat dan diberikan rawatan awal sementara menunggu ketibaan ambulans.

BERKAITAN: Disangka Ikan Besar, Rupanya Jasad Wanita, Pemancing Kongsi Detik Selamatkan Wanita Lemas Di Sungai Kelantan



Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut dan tindakan susulan. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.10 pagi dan semua anggota terlibat kembali ke pengkalan dalam keadaan selamat.



APM Kelantan turut mengingatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti di sungai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sumber: APM Negeri Kelantan

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan