KPDN Kelantan Tahan Dua Wanita, Rampas 250 Liter Petrol Dalam Operasi Di Tumpat

Pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan dua wanita tempatan dan merampas kira-kira 250 liter minyak petrol dalam Ops Gempur Barang Kawalan di sekitar Tumpat, kira-kira jam 1.57 petang semalam.

Operasi itu dijalankan hasil maklumat risikan pasukan selepas mengesan sebuah kenderaan yang disyaki membuat pengisian petrol secara berulang di sebuah stesen minyak sebelum mengekori kenderaan berkenaan sehingga ke Kampung Jubakar Darat, Tumpat.

Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut dipandu oleh seorang wanita bersama seorang penumpang wanita.

Pemeriksaan lanjut menemukan lima tong jerikin disyaki berisi minyak petrol di dalam bonet kenderaan serta sebuah tangki minyak yang dipercayai telah diubah suai dan diperbesarkan bagi tujuan penyimpanan petrol.

Pasukan penguat kuasa turut menyita sebuah kereta jenis Proton Wira sedan berserta kunci, kira-kira 125 liter petrol dalam lima tong jerikin serta tambahan kira-kira 125 liter petrol daripada tangki ubah suai, menjadikan keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak 250 liter.

Kedua-dua individu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan telah ditangkap di bawah akta yang sama. Kes kini disiasat oleh KPDN Kelantan.



Orang ramai diingatkan supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan kerana tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

Sumber: KPDN Kelantan

SHARE:

TERKINI

Jalan Kuala Krai–Gua Musang Ditutup Sementara 28 Julai Bagi Kerja Letupan Batu
|
Pengguna Jalan Persekutuan FT08 yang merancang perjalanan antara Kuala…
Kereta Berisi Bom Meletup Di Balai Polis Narathiwat
|
Sebuah kereta yang dipasang bahan letupan menggegarkan kawasan Balai…
Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dirempuh Lori Dipandu Datuk Sendiri
|
Suasana tenang di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang,…
Projek Solar LSS5 Pasir Mas Mampu Bekalkan Elektrik Kepada 75,000 Rumah
|
Kelantan bakal melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan tenaga…
Lima Anggota Renjer Thailand Maut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat
|
Lima anggota Renjer Tentera Thailand terbunuh dalam satu serangan…
HRPZ II Bakal Terima Makmal Patologi Baharu Bernilai RM175 Juta
|
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!