
KOTA BHARU β Peluang keemasan menanti para usahawan dan individu yang berminat menceburi dunia perniagaan digital apabila Pertubuhan Amal Harapan Kelantan membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai Kursus Asas Beg Kuning & Jualan Digital secara PERCUMA.
Kursus yang akan berlangsung pada 5 September 2025 (Jumaat) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Auditorium Ibu Pejabat KADA, Lundang, Kota Bharu, ini menghimpunkan barisan penceramah berpengalaman iaitu:
- Asraff Jeffery (Monaliza) (usahawan digital),
- Pok Ren (Makar Fest) (ikon kreatif),
- Bee Mat Negepek (influencer media sosial).
Peserta akan didedahkan dengan teknik asas membangunkan jenama perniagaan, strategi pemasaran digital berkesan serta peluang menjana pendapatan melalui platform media sosial.
Menariknya, yuran penyertaan RM30 seorang kini ditaja sepenuhnya bagi memberi peluang kepada lebih ramai anak muda dan usahawan kecil menyertai program ini tanpa sebarang bayaran.
Penganjur menegaskan bahawa tempat adalah terhad, justeru pendaftaran awal amat digalakkan bagi memastikan tempat anda terjamin.
π
Tarikh: 5 September 2025 (Jumaat)
π Masa: 8.00 pagi β 6.00 petang
π Lokasi: Auditorium Ibu Pejabat KADA, Lundang, Kota Bharu
π° Yuran: Percuma (ditaja sepenuhnya)
Jangan lepaskan peluang ini untuk menimba ilmu dan membina jaringan bersama usahawan serta influencer terkenal! β#KelantanDaily
Link Pendaftaran: https://tinyurl.com/KursusAsasBegKuning
