Thailand Kenakan Perintah Berkurung Di Wilayah Selatan Susulan Serangan Hari Ini

BANGKOK: Perintah berkurung dikuatkuasakan serta-merta di Wilayah Narathiwat, selatan Thailand, susulan siri insiden keganasan termasuk beberapa kejadian letupan, umum tentera negara itu hari ini.

Agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan rasmi di akaun media sosial Pasukan Petugas Narathiwat melaporkan tentera Thailand akan melaksanakan beberapa langkah bagi menjaga ketenteraman dan keselamatan awam.

Ini termasuk memperketatkan kawalan di pusat pemeriksaan sempadan antara Thailand dan Malaysia serta menguatkuasakan perintah berkurung di Narathiwat yang melarang penduduk meninggalkan rumah antara 9 malam hingga 5 pagi.

Lima stesen minyak di Narathiwat adalah antara lokasi yang menjadi sasaran serangan berkenaan.

Menurut laporan media Thailand, penyerang bertindak membakar kedai serbaneka di stesen minyak berkenaan dan meletupkan bom buatan sendiri pada pam bahan api, sehingga mencetuskan kebakaran besar di premis terbabit. - BERNAMA-XINHUA

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan