KRW Rancang Bina Pusat Latihan Bertaraf FIFA, Cari Kontraktor Berpengalaman

Kelab bola sepak Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mencadangkan pembinaan sebuah pusat latihan bertaraf tinggi sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan kelab dan pasukan secara menyeluruh.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman sosial Facebook rasmi kelab, susulan lawatan tapak yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nasken Coffee, Encik Nazif Ab Aziz, bersama Pegawai Operasi KRWFC, Nik Khuzaimi Nudin, Encik Badrul serta Penolong Pengurus, Pikbum.

Menurut kenyataan itu, pusat latihan yang dicadangkan akan dibina mengikut piawaian FIFA, dengan konsep moden serta kemudahan terkini bagi menyokong pembangunan kelab dan pasukan secara lebih terancang.

lawatan tapak pusat latihan KRW FC

Pihak pengurusan KRW mengadakan lawatan ke tapak yang akan dijadikan pusat latihan pasukan (Foto: KRW FC)



Usaha tersebut dilihat sebagai langkah penting untuk membantu sukan bola sepak mencapai tahap yang lebih tinggi dan stabil, sekali gus membuka ruang kepada KRWFC melangkah ke peringkat yang lebih jauh demi Negeri Kelantan serta Malaysia.

Bagaimanapun, pembinaan pusat latihan berkenaan sebelum ini dilaporkan sedikit tertangguh kerana pihak kelab masih dalam proses mencari kontraktor yang berpengalaman luas serta pernah membina pusat latihan bertaraf tinggi.



Menurut kenyataan sama, langkah itu penting bagi memastikan setiap aspek pembangunan berada dalam keadaan terbaik apabila projek tersebut siap sepenuhnya kelak.

“InshaAllah,” menurut kenyataan ringkas yang dikongsikan pihak kelab.

Dalam perkembangan sama, pihak pengurusan dikatakan bakal membuat kunjungan ke Stadium Sultan Ibrahim di Johor untuk mendapatkan input dan rujukan dari pihak pengurusan kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim yang menjadi tanda aras pembangunan bolasepak di Malaysia.

Sebelum ini dikhabarkan pihak KRW FC sudahpun membeli sebidang tanah di Tunjung, Kota Bharu untuk dijadikan pusat latihan kelab.

KD: Sama-sama kita doakan supaya pusat latihan KRW FC ini menjadi kenyataan sekaligus menjadi asas kepada konsistensi dan masa depan sesebuah kelab.


TERKINI

Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur
|
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat…
Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC
|
[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd…
Mimpi Anak Jadi Kenyataan, Pendulang Emas Ditemui Maut Di Sungai Ulu Galas Gua Musang
|
Seorang pendulang emas ditemukan maut di Sungai Ulu Galas,…
[VIDEO] Pesara 67 Tahun Di Johor Direman Enam Hari, Disyaki Rogol Cucu 13 Tahun
|
Seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam…
Ambulans Kemalangan Di Besut, Pesakit Remaja Cedera Parah
|
Seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah…
Irfan Bakti Kekal Bimbing Kelantan Red Warrior FC Bagi Musim 2026/27
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mengumumkan Irfan Bakti Abu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!