Pegawai, Anggota IPD Bachok Disiasat Dakwaan Peras Ugut Ibu Suspek Kes Dadah

Seorang pegawai bersama beberapa anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok kini disiasat selepas didakwa memeras wang berjumlah RM6,000 daripada keluarga seorang suspek kes dadah, dalam kejadian yang berlaku pada 30 Disember lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, satu siasatan dalaman telah dilancarkan serta-merta pada hari kejadian melibatkan semua individu yang didakwa terbabit.

Menurutnya, siasatan dijalankan susulan dakwaan bahawa pegawai dan anggota berkenaan meminta wang serta mengugut ibu kepada suspek supaya menyerahkan jumlah berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan dan tindakan lanjut terhadap pegawai serta anggota terlibat akan ditentukan selepas siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Polis Kelantan tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku dalam kalangan anggotanya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya dakwaan tersebut terbukti benar.

Sementara itu, menurut sumber, wanita terbabit mendakwa anak lelakinya telah ditahan oleh beberapa anggota polis di Bachok kerana disyaki memiliki dadah pada hari kejadian.

Ibu kepada suspek itu mendakwa dia diminta menyerahkan wang RM6,000 dan turut diugut bahawa anaknya akan dimasukkan ke lokap serta didakwa di mahkamah pada keesokan hari sekiranya wang tersebut tidak dibayar sebelum tengah malam.



Wanita yang berasal dari Terengganu itu kemudiannya mendapatkan bantuan seorang rakan sebelum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Dari Malaysia
|
Myanmar bersetuju menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang…
Pukul Pengawal Peribadi dan Hina Ibadah Puasa, Ahli Perniagaan Dipenjara Lima Tahun
|
Seorang ahli perniagaan mula menjalani hukuman penjara lima tahun…
Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!