Ribuan Anak Muda Pilih Selawat & Doa Sambut Ambang Tahun Baharu 2026 Di Kelantan

Ribuan anak muda membanjiri Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi bagi menjayakan program Anak Muda Berselawat sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026.

Namun kehadiran mereka bukan untuk hiburan melalaikan. Sebaliknya, malam tersebut diisi dengan selawat, doa dan munajat memohon kebaikan di ambang tahun baharu — satu pemandangan yang disifatkan sebagai wajah sebenar generasi harapan ummah di bumi Kelantan.

Perkara itu dikongsikan oleh Mohd Nassuruddin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Menurut beliau, suasana penuh rahmat itu menjadi penutup tirai 2025 dengan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau turut mengingatkan hadirin dengan sepotong hadis sebagai azam untuk menjadi insan yang lebih baik dalam setiap aspek kehidupan:

“Sebahagian daripada tanda baiknya (kualiti) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.”

Kelantan, katanya, terus memilih jalan tersendiri dalam menyambut ambang tahun baharu dengan mengisinya melalui majlis ilmu, solat hajat dan doa — memohon kesejahteraan untuk diri, keluarga serta negeri yang dicintai.

Program tersebut turut menampilkan pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, yang menyampaikan tausiah berkaitan pembinaan jiwa anak muda.

Ambang Tahun Baharu 2026 Di Kelantan



Antara pesanan yang diketengahkan ialah kepentingan membina manusia sebelum membina tamadun, berpandukan sirah nabawiyyah.



Terdahulu, Syeikh Wazir Che Awang, Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, memimpin solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Majlis tersebut turut dihadiri Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua Polis Negeri Kelantan serta mudir-mudir pondok dari seluruh negeri.

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan