Warga emas maut, motosikal dirempuh kereta di Pasir Puteh

Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang terbabas dalam kemalangan di Kilometer 43 Jalan Kota Bharu–Kuala Terengganu, berhampiran Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh, pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, mangsa berusia 77 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

kereta Nissan Sentra kemalangan Pasir Puteh



Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Zaizul Rizal Zakaria, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah kereta jenis Nissan Sentra dipandu seorang wanita berusia 27 tahun sedang dalam perjalanan dari Kampung Tok Kamis menuju ke Bandar Pasir Puteh.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta berkenaan dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan yang sedang dilalui mangsa.

“Akibat kejadian itu, kereta terbabit merempuh motosikal ditunggang mangsa. Warga emas berkenaan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.



Kes disiasat lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Sumber: Kosmo

TERKINI

Rezeki Haji Sekeluarga, Isteri Simpan Hasil Toreh Getah Suami Jual Lembu Demi Ke Tanah Suci
|
Rezeki menunaikan haji tahun ini benar-benar menjadi kenangan paling…
Kutipan Zakat MAIK 2025 Cecah RM354.6 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah Kelantan
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Abang Ipar Upah RM15 Satu “Trip” Seludup Petrol Ke Thailand
|
Taktik licik penyeludup yang membuat pembelian petrol secara berulang…
Dua Remaja Perempuan Mengaku Jadi Pengintip Tekong Darat Seludup PATI
|
Dua remaja perempuan dipercayai berperanan sebagai pengintip kepada tekong…
1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan, PM Arah Bantuan Segera
|
Kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan…
Tujuh Lelaki Didakwa Pakai Pakaian Wanita Di Apartment Jalan Mahmood
|
Tujuh lelaki didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini…
Jawatan Kosong Kelantan