10 Jajahan di Kelantan berisiko banjir bermula Jumaat hingga 30 Disember

Sebanyak 10 jajahan di Kelantan dikenal pasti berisiko dilanda banjir bermula Jumaat hingga 30 Disember ini, susulan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam hebahan ramalan awal banjir memaklumkan, situasi berkenaan dijangka berlaku di beberapa lembangan sungai utama termasuk Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Lebir, Sungai Galas dan Sungai Nenggiri.

Menurut kenyataan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), hebahan itu dikeluarkan pada 12.30 tengah hari Jumaat susulan jangkaan hujan lebat berterusan bermula 26 hingga 30 Disember.

Antara jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

Bagi Tumpat dan Pasir Mas, kawasan berisiko melibatkan lembangan Sungai Golok dan Sungai Kelantan, manakala Bachok pula melibatkan lembangan Sungai Semerak dan Sungai Kemasin.

Machang, Kota Bharu dan Tanah Merah turut dikenal pasti berisiko banjir di lembangan Sungai Kelantan, selain Pasir Puteh yang melibatkan lembangan Sungai Semerak termasuk Sungai Buaya Ikat.

JPS turut memaklumkan risiko lebih besar dijangka di kawasan pedalaman seperti Kuala Krai dan Gua Musang, melibatkan lembangan Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai Nenggiri serta Sungai Jelai.

604633196_1304621905038083_6296239469487971143_n



Menurut JPS, ramalan awal ini bertujuan memberi ruang kepada penduduk di kawasan berisiko untuk membuat persediaan awal, selain membolehkan pihak berkuasa dan agensi pengurusan bencana mempertingkat kesiapsiagaan.



Orang ramai dinasihatkan supaya peka dengan perubahan cuaca, mengikuti amaran banjir terkini serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya pemindahan perlu dilakukan.

Sumber: JPS

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan