Amaran hujan lebat berterusan, beberapa jajahan Kelantan tahap bahaya

Hujan Lebat Berterusan Hingga 29 Disember, Beberapa Daerah Kelantan & Terengganu Tahap Bahaya

Jabatan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap bahaya melibatkan beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu, berkuat kuasa sehingga 29 Disember 2025.

Amaran yang dikeluarkan pada 10 pagi, 26 Disember itu memaklumkan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku dan berpotensi mengundang risiko banjir, tanah runtuh serta kejadian tidak diingini, khususnya di kawasan rendah dan berhampiran sungai.

Tahap Bahaya (Merah)

Kelantan: Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh
Terengganu: Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang

Tahap Buruk (Oren)

Kelantan: Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai
Terengganu: Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman
Pahang: Kuantan, Pekan dan Rompin

Tahap Waspada (Kuning)

Kelantan: Gua Musang
Pahang: Jerantut, Maran dan Bera
Johor: Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi

METMalaysia menasihatkan orang ramai agar berwaspada, mengelakkan aktiviti berisiko, memantau paras air sungai serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa, terutamanya penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir.

Beberapa Daerah Kelantan & Terengganu Tahap Bahaya

TERKINI

Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
“Saya Ingat Kami Semua Akan Mati” – Rumah Diserang 49 Das Mercun Di Kota Bharu
|
Detik mencemaskan dilalui lapan sekeluarga apabila rumah mereka di…
Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!