Rogol suka sama suka: Pesalah perempuan bawah umur di Kelantan dirujuk ke Mahkamah Syariah

Kes rogol yang dikenal pasti berlaku atas dasar suka sama suka melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun ke bawah akan dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) untuk tindakan lanjut di bawah Mahkamah Syariah.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat berkata, langkah itu membolehkan pendakwaan dilakukan terhadap perempuan bawah umur yang terlibat dengan perlakuan tersebut.

Menurut beliau, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat bersama Jaheaik yang diadakan kira-kira dua bulan lalu.

“Pelaksanaannya telah bermula sejurus selepas mesyuarat berkenaan.

“Langkah tersebut adalah susulan titah Tuanku Sultan Kelantan supaya kes-kes rogol yang didapati melibatkan hubungan suka sama suka diserahkan kepada pihak berkuasa agama negeri,” katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Sebelum itu, beliau merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini.

Mohd Yusoff berkata, setakat ini sebanyak lima kes telah dirujuk kepada Jaheaik, namun perkara itu belum diuar-uarkan kepada umum.

Beliau turut memaklumkan bahawa remaja perempuan berusia 17 dan 18 tahun yang diklasifikasikan di bawah kesalahan ambang seksual Seksyen 14(a) juga akan didakwa di Mahkamah Syariah.

Mengulas perkembangan semasa, beliau berkata trend kes rogol di Kelantan menunjukkan sedikit penurunan berbanding sebelum ini.

“Kita tidak menolak kemungkinan penurunan ini berpunca daripada mangsa atau ibu bapa tidak berani untuk membuat laporan.



“Kebanyakan laporan yang diterima dari pegawai perubatan selepas mangsa di dapati hamil,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan