Amaran hujan lebat berterusan di Pantai Timur, Johor hingga Khamis

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan melibatkan beberapa negeri di Pantai Timur dan Selatan tanah air, dengan jangkaan hujan lebat berterusan sehingga Khamis, 18 Disember 2025.

Menurut kenyataan dikeluarkan pada jam 4.45 petang, 16 Disember 2025, amaran itu dibahagikan kepada dua tahap iaitu Amaran Buruk dan Amaran Waspada.

Bagi Seksyen A: Amaran Hujan Berterusan (Buruk), hujan lebat berterusan dijangka melanda Terengganu melibatkan daerah Dungun dan Kemaman, selain Pahang di kawasan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Amaran tahap sama turut dikeluarkan untuk Johor membabitkan daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu, Seksyen B: Amaran Hujan Berterusan (Waspada) melibatkan kawasan lebih luas termasuk seluruh Kelantan, beberapa daerah di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera, manakala di Johor, amaran dikeluarkan bagi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.



Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan kejadian banjir, tanah runtuh dan gangguan perjalanan, khususnya di kawasan rendah serta berhampiran sungai.

amaran hujan metmalaysia

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan