JPS keluarkan amaran banjir di 5 jajahan di Kelantan bermula esok

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir membabitkan lima jajahan di Kelantan bermula esok hingga 19 Disember ini, susulan hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda negeri berkenaan.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) memaklumkan jajahan terlibat ialah Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas, dengan risiko banjir dijangka berlaku di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer sekitar Lembangan Sungai Kelantan dan Sungai Golok.

Di Gua Musang, kawasan berisiko dikenal pasti melibatkan Kampung Limau Kasturi, Kampung Batu Papan dan kawasan KESEDAR Sungai Terah.

Bagi Jeli, antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Kampung Batu Melintang, Kampung Kalai, Kampung Jeli Dalam dan Lama serta Pekan Jeli Lama.

Sementara itu di Kuala Krai, kawasan rendah sekitar Aur Duri, Kampung Batu Lada, Kampung Guchil, Kampung Kuala Nal dan Kampung Laloh turut berada dalam senarai amaran.


Amaran sama dikeluarkan bagi Tanah Merah melibatkan Bandar Tanah Merah, Kampung Belimbing, Taman Kiara dan Kampung Kerilla, selain kawasan sekitar Sungai Golok termasuk Kampung Bendang Besar dan Kampung Renab.

Di Pasir Mas, kawasan berisiko merangkumi Kampung Kubang Binjal, Kampung Kubang Pak Hitam, Kampung Bendang Guchil, Kampung Kelawar, Kampung Bakong, Kampung Siput, Kampung Banggol Kong, pekan Rantau Panjang serta kawasan sekitarnya.

Menurut PRABN, banjir yang diramalkan berkemungkinan berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan bergantung kepada intensiti hujan semasa.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, memantau paras air dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.



Sumber: Bernama

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan