Pelajar UiTM Machang maut dilanggar motosikal dalam kampus

Seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Machang maut selepas dilanggar sebuah motosikal di kawasan kampus berkenaan, petang tadi (Sabtu).

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan itu daripada orang awam pada 6.40 petang dan mangsa yang berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku pada 6.20 petang ketika penunggang motosikal dari arah pintu utama universiti itu dalam perjalanan pulang ke asrama.

“Setibanya di lokasi kejadian, ketika motosikal sedang mendaki bukit, seorang pejalan kaki dipercayai telah melintas jalan secara mengejut yang menyebabkan penunggang motosikal mengelak ke kiri sebelum berlaku perlanggaran,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata akibat perlanggaran itu, pejalan kaki berkenaan terjatuh ke atas pembahagi jalan dan cedera pada bahagian kepala.

Ahmad Shafiki berkata mayat dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Machang untuk bedah siasat manakala kemalangan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, katanya diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Khairulanwar Adam melalui talian 011-1008 5165 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang 09-975 1222.

Sumber: Bernama

TERKINI

Cemburu Dipercayai Punca Pelajar Kolej Ditikam 61 Kali Di Ketereh, Polis Sifatkan Kes Selesai
|
Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan seorang pelajar kolej…
Belalang Kerek Bukan Sekadar Hobi, Main Peranan Dalam Ekosistem
|
Fenomena memelihara dan mempertandingkan serangga eksotik dikenali sebagai “belalang…
Gadis Ditikam 61 Kali Keluar Makan Dengan 2 Suspek, Muat Naik Status WhatsApp Jam 11 Malam
|
Kes pembunuhan penuntut kolej wanita yang ditemukan mati dengan…
“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
|
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kematian…
“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Jawatan Kosong Kelantan