Tembok dwifungsi sepanjang 42.5 km di Sungai Golok dalam proses perolehan

Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 2 kini memasuki fasa penting apabila proses perolehannya sedang berjalan melalui Tender Terbuka Prakelayakan (Reka dan Bina).

Surat Setuju Terima dijangka dikeluarkan pada suku pertama tahun 2026.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Dr Siti Fairus Zakaria berkata, projek berskala besar itu bakal melibatkan pembinaan ban banjir sepanjang 20 kilometer di tebing kiri Sungai Lemal–Lanchang.

Menurutnya, elemen paling signifikan dalam Fasa 2 ialah pembinaan tembok dwifungsi sepanjang 42.5 kilometer, bermula dari Kampung Lanchang hingga ke Sungai Ayer Lanas, merentasi tiga jajahan iaitu Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli.

Tembok Dwifungsi: Mitigasi Banjir & Keselamatan Sempadan

“Tembok dwifungsi ini direka bukan sahaja sebagai struktur penebat banjir, tetapi turut menggabungkan ciri keselamatan yang boleh memperkukuh kawalan di kawasan bersempadan Malaysia–Thailand,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pembangunan struktur tersebut dijangka meningkatkan keupayaan mitigasi banjir di sepanjang Sungai Golok yang saban tahun menjejaskan penempatan setempat.

“Dengan pelaksanaan projek ini, risiko limpahan air dapat dikurangkan dan memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada penduduk,” katanya.



Sumber: Bernama

TERKINI

Jalan Kuala Krai–Gua Musang Ditutup Sementara 28 Julai Bagi Kerja Letupan Batu
|
Pengguna Jalan Persekutuan FT08 yang merancang perjalanan antara Kuala…
Kereta Berisi Bom Meletup Di Balai Polis Narathiwat
|
Sebuah kereta yang dipasang bahan letupan menggegarkan kawasan Balai…
Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dirempuh Lori Dipandu Datuk Sendiri
|
Suasana tenang di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang,…
Projek Solar LSS5 Pasir Mas Mampu Bekalkan Elektrik Kepada 75,000 Rumah
|
Kelantan bakal melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan tenaga…
Lima Anggota Renjer Thailand Maut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat
|
Lima anggota Renjer Tentera Thailand terbunuh dalam satu serangan…
HRPZ II Bakal Terima Makmal Patologi Baharu Bernilai RM175 Juta
|
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!