Mekanik didakwa samun remaja 15 tahun guna pedang di kedai runcit

Seorang mekanik berusia 27 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas, hari ini, atas tuduhan melakukan samun bersenjata menggunakan sebilah pedang terhadap seorang remaja berusia 15 tahun di sebuah kedai runcit di Kampung Berangan, Tumpat, pada 2 September lalu.

Menurut laporan Berita Harian, Muhamad Azmie Akid Azama mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah, dan memohon untuk dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, insiden berlaku pada jam 10.55 malam dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, serta denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na'ilah Harizan, mengetuai pendakwaan, manakala tertuduh hadir tanpa wakil peguam.

Siti Aiysha Na'ilah tidak menawarkan sebarang ikat jamin kerana kesalahan diklasifikasikan sebagai serius dan melibatkan penggunaan pedang.

Bagaimanapun, Muhamad Azmie memohon agar dikenakan ikat jamin minimum kerana beliau hanya bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan sekitar RM50 sehari.



Mahkamah kemudian menetapkan ikatan jamin RM20,000 bersama seorang penjamin dan menetapkan 11 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

KD: Harap dikenakan hukuman berat memandangkan mangsa baru berusia 15 tahun. Boleh trauma sampai ke tua adik tu nanti..

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Fadhli Shaari Minta MP Jelutong Tarik Balik Dakwaan Terhadap Kelantan
|
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Ahli…
‘Batman’ Mexico Diburu Polis, Ikat Pencuri Motosikal Pada Tiang Lampu
|
Seorang vigilante atau pejuang jalanan dari Mexico yang digelar…
Kerja Baik Pulih Di Jambatan Bailey Machang Dijangka Siap September Ini
|
Kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pembetung kekotak di laluan…
[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!