6 tukang sapu termasuk seorang OKU menang saman majikan tak bayar gaji minimum

Enam tukang sapu termasuk seorang lelaki kurang upaya (OKU) akhirnya menang saman terhadap sebuah syarikat pembersihan selepas gagal dibayar gaji minimum yang ditetapkan kerajaan selama setahun dua bulan, melibatkan jumlah keseluruhan RM28,500.

Keputusan itu dibuat Hakim Shamsul Bahrin Abdul Manaf di Mahkamah Tinggi hari ini, selepas menolak rayuan syarikat Monson Tropical Trading yang tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 sebanyak RM1,500 ketika enam pekerja itu ditugaskan di pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan dari Mei 2022 hingga Julai 2023.

Enam responden tersebut ialah Zuhaida Daud, Mohamad Safuan Zakaria (OKU lembam), Sharifah Mohamad, Mahani Daud, Mohd Hafizi Mohd Arshad dan Muhammad Nasharudin Samsudin.

Dalam penghakimannya, Shamsul Bahrin menegaskan bahawa perintah gaji minimum kerajaan mengatasi sebarang persetujuan kontrak terdahulu.

"Perintah ditetapkan kerajaan sewajarnya memberi perlindungan maksimum kepada pekerja.

Sehubungan itu, mahkamah memerintah pihak perayu membayar baki gaji sebanyak RM28,500 kepada enam pekerja mengikut perintah gaji minimum ditetapkan kerajaan," katanya.

Keenam-enam responden diwakili peguam Nik Saiful Adli Burhan manakala syarikat Monson Tropical Trading pula diwakili peguam Muhammad Habil Zainal Abidin.

Sebelum ini, seramai 15 pengadu diketuai Zuhaida memfailkan tuntutan tunggakan gaji terhadap syarikat itu di Pejabat Tenaga Kerja Kota Bharu pada 15 Mei 2024.

Mereka mendakwa menerima gaji pokok terakhir RM1,200 sebulan ketika bertugas sebagai tukang sapu di bangunan SUK sehingga 31 Julai 2023.

Hanya enam responden tampil memberikan keterangan dan tuntutan mereka dibenarkan oleh Ketua Pengarah Tenaga Kerja.

Monson Tropical Trading kemudian merayu keputusan itu, namun Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan keputusan memihak kepada enam pekerja tersebut.



KD: Pekerja kena tahu hak mereka, masih banyak diluar sana majikan tidak patuh had gaji minimum, tapi pekerja hanya berdiam diri kerana bimbang tiada kerja.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!