Ingkar arahan penutupan jalan, kereta dipandu remaja jatuh gaung di Gua Musang

Laluan utama Jalan Gua Musang–Lojing FT185 di Seksyen 107.6 berhampiran Pos Blau ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan mulai hari ini susulan kejadian tanah runtuh yang membahayakan pengguna.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang memaklumkan, penutupan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga tarikh baharu dimaklumkan bagi memberi ruang kepada kerja keselamatan dan pemulihan di lokasi.

Pengguna dari Gua Musang yang menuju ke Tanah Tinggi Cameron Highlands disaran menggunakan laluan Sungai Koyan–Ringlet, manakala perjalanan ke Ipoh pula boleh melalui laluan Gua Musang–Sungai Koyan–Ringlet–Tapah–Ipoh.

JKR turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi semua papan tanda keselamatan dan lebih berhati-hati ketika memandu.

Sementara itu, berlaku satu insiden awal pagi tadi apabila seorang remaja lelaki berusia 19 tahun cedera selepas kenderaan dipandunya tergelincir ke dalam gaung di lokasi sama.

kereta jauh gaung



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, mangsa memandu Proton Satria Neo dari Cameron Highlands menuju ke Pasir Puteh dan kemalangan berlaku sekitar jam 5 pagi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pemandu terbabas selepas melalui kira-kira satu kilometer penghadang penutupan jalan sebelum sampai ke kawasan tanah runtuh.

Mangsa mengalami patah tangan kiri dan dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Brooke untuk rawatan awal. Polis menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan penutupan jalan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.



KD: Kalau nampak tanda jalan tutup, memang jangan cuba-cuba lalu. Jalan tanah tinggi cepat berubah, sekejap saja boleh jadi bahaya.

Sumber: Bernama

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan