Pemuda kagum dengan kereta EV pertama Malaysia, siap ada arah kiblat

Sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna di media sosial mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi pengalaman mencuba Perodua QV-E, kereta elektrik (EV) pertama Malaysia yang baru dilancarkan.

Dalam video berdurasi ringkas itu, pemuda terbabit meluahkan rasa kagum kerana tidak menyangka sebuah kereta EV tempatan hadir dengan ciri unik yang langsung tidak dijangka.

Paling mencuri tumpuan, katanya kereta itu siap dilengkapi penunjuk arah kiblat sekali gus memudahkan pengguna Muslim mengesan arah solat ketika berada di lokasi baharu.

BACA: Perodua perkenal EV pertama buatan Malaysia harga RM80,000

Dia turut menyenaraikan lima ciri ‘pelik’ dan menarik yang ditemuinya pada QV-E pada video dibawah:




KD: Teknologi makin maju, tapi yang paling menarik bila ciri yang dimasukkan memang fikirkan kehendak pengguna Malaysia

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!