Arus deras pecahkan sangkar ikan, penternak ikan di Tumpat rugi besar

Hampir 100 penternak ikan dalam sangkar di beberapa lokasi di Tumpat berdepan kerugian besar selepas ribut dan arus deras sejak minggu lalu memusnahkan struktur ternakan mereka, menyebabkan banyak ikan terlepas ke sungai, lapor Harian Metro.

Di Tanjung Kuala, penternak Mohamad Jaafar, 32, berkata dia kehilangan kira-kira RM20,000 apabila tiga daripada 20 petak sangkarnya pecah dan menyebabkan hampir semua ikan terlepas.

Menurutnya, hujan lebat yang membawa aliran deras termasuk kepala air menyebabkan tali sauh putus sebelum sangkar berselerak dan merempuh antara satu sama lain.

"Sangkar pecah dan tiga daripada 20 petak milik saya yang penuh dengan ikan siakap dan talapia pecah menyebabkan kira-kira 1,800 ikan terlepas.

"Setiap tahun memang ada sahaja kerugian yang ditanggung oleh kami sebagai penternak ikan malah tekanan air yang sejuk atau pertembungan air pasang juga menjadi faktor banyak ikan mati," katanya.

Mohamad berkata penternak sudah membuat laporan kepada Jabatan Perikanan dan berharap ada bantuan disediakan, termasuk benih baharu untuk menggantikan ikan yang hilang.

Setiap penternak pula memiliki antara 20 hingga 60 petak sangkar, dan sebahagian ikan yang terlepas itu sudah mencapai berat sekitar satu kilogram.

"Kami anggap bukan rezeki kami, sebaliknya rezeki orang lain apabila ramai juga yang datang memancing dan mendapat hasil ikan yang terlepas itu," katanya.

Di Laguna Sri Tujoh, Abdul Rahman Hamid, 56, berkata hentaman arus deras beberapa hari lalu turut mematahkan banyak sangkar, namun dia bernasib baik kerana 40 petak miliknya masih selamat.

Menurutnya, ada penternak lain di kawasan itu mengalami kerugian jauh lebih besar.

"Ada penternak lain di kawasan ini yang kerugian besar apabila 14 petak sangkar patah dan kira-kira 7,000 ekor ikan yang sudah boleh dijual, terlepas begitu sahaja.

Seperti biasa, ramai orang akan memancing atau menjala di sekitar ini untuk mendapatkan hasil ikan terlepas itu.



"Biasanya akan ada sekali lagi kejadian air pasang besar pada musim tengkujuh dan kami bersiap semampunya dengan menguatkan tali sauh serta mengukuhkan petak sangkar," katanya.

Sumber: Harian Metro

TERKINI

Belalang Kerek Bukan Sekadar Hobi, Main Peranan Dalam Ekosistem
|
Fenomena memelihara dan mempertandingkan serangga eksotik dikenali sebagai “belalang…
Gadis Ditikam 61 Kali Keluar Makan Dengan 2 Suspek, Muat Naik Status WhatsApp Jam 11 Malam
|
Kes pembunuhan penuntut kolej wanita yang ditemukan mati dengan…
“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
|
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kematian…
“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Jawatan Kosong Kelantan