Banjir Kelantan mula surut, jumlah mangsa di PPS turun mendadak

Banjir Kelantan Mula Surut, Jumlah Mangsa Menurun Tinggal 3,511 Orang

Situasi banjir di Kelantan menunjukkan perkembangan positif hari ini apabila jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun lebih separuh berbanding Khamis.

InfoBencanaJKM memaklumkan hanya 3,511 mangsa masih berada di PPS setakat jam 2.40 petang, berbanding 10,950 orang pada hari sebelumnya. Mereka terdiri daripada 1,264 keluarga di 36 PPS merentasi enam daerah.

Antara kawasan yang masih terjejas ialah Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Kuala Krai, dan Machang. Manakala PPS di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Gua Musang telah tiada mangsa banjir di daftarkan.

Tumpat kekal menjadi daerah paling teruk apabila 2,643 mangsa masih ditempatkan di 10 PPS, menunjukkan jumlah yang masih tinggi berbanding daerah lain.

Di Pasir Mas pula seramai 432 mangsa masih berada di PPS, diikuti:

  • Tanah Merah: 168 mangsa
  • Kuala Krai: 113 mangsa
  • Bachok: 79 mangsa
  • Machang: 75 mangsa

Dalam pada itu, paras air beberapa sungai utama masih berada pada tahap yang membimbangkan.

PublicInfoBanjir melaporkan Sungai Golok di Rantau Panjang dan Jenob, Tanah Merah masih melepasi paras amaran, manakala Sungai Galas di Gua Musang turut berada pada paras sama.



Walaupun keadaan semakin baik, pihak berkuasa menasihatkan penduduk di kawasan berisiko supaya terus berwaspada, terutama dengan keadaan cuaca yang masih tidak menentu.

TERKINI

APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Facebook Dan Messenger Alami Gangguan, Pengguna Di Seluruh Dunia Terjejas
|
Platform media sosial Facebook dan aplikasi Messenger dilaporkan mengalami…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!