Rumah rakit jadi ‘talian hayat’ penduduk Rantau Panjang hadapi banjir

Setiap kali air mula naik di kawasan rendah sekitar Rantau Panjang, penduduk di kampung-kampung terjejas sudah tahu satu perkara: inilah masa rumah rakit menyelamatkan keadaan.

Struktur ringkas yang dibina dengan kayu ringan dan tong dram itu kini jadi talian hayat untuk menyelamatkan barangan penting sebelum mereka berpindah ke tempat selamat.

Di Kampung Tersang, Norihan Mohd Nor, 39, antara yang bergantung sepenuhnya kepada rumah rakit yang diterimanya daripada sebuah NGO tahun lalu.

Katanya, semua peralatan elektronik dan barangan berharga sudah lama dibungkus dengan plastik dan dinaikkan ke atas rakit sebaik saja paras air mula menghampiri halaman rumah.

“Setakat ini, barangan penting termasuk peralatan elektronik telah dibungkus dengan plastik sebelum diletakkan di atas rumah rakit.

Ia sangat membantu kerana kami boleh menyelamatkan barang terlebih dahulu sebelum berpindah.

“Petang tadi (semalam), saya dan keluarga berpindah ke rumah kakak sulung di Kampung Kubang Dapat kerana air semakin meningkat. Saya tidak mahu mengambil risiko berpindah ketika arus deras,” katanya.

Menurut Penghulu Mukim Lubuk Gong, Muhammad Arifin Ismail, 63, sebanyak 70 rumah rakit telah diagihkan kepada tujuh kampung di sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang, melibatkan Kampung Meranti, Serongga, Tasek Bakong, Kusar Dalam, Tersang, Lubuk Gong dan Tasek Permai.

Setiap satu rumah rakit mampu menampung sehingga enam keluarga bergantung kepada keadaan.

Beliau meminta penduduk supaya tidak menunggu sehingga arus deras sebelum berpindah kerana ia menyukarkan pasukan penyelamat dan meningkatkan risiko keselamatan.

Tinjauan turut mendapati penduduk di beberapa kampung rendah seperti Kampung Gual Tok Deh dan Padang Licin sudah pun mengalihkan ternakan dan barang rumah ke tempat lebih tinggi sebagai persediaan awal.



Pasukan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan juga aktif membuat hebahan keselamatan, mengingatkan warga kampung untuk berpindah awal demi mengelakkan insiden berpindah dalam keadaan cemas.

KD: Kadang-kadang, benda yang nampak simple macam rakit kayu dan tong dram inilah yang jadi penyelamat besar bila musim banjir datang tanpa amaran.

BACA: Banjir terburuk sejak 40 tahun, Pantai Senok jadi seakan pulau

Sumber: Bernama

TERKINI

Jalan Kuala Krai–Gua Musang Ditutup Sementara 28 Julai Bagi Kerja Letupan Batu
|
Pengguna Jalan Persekutuan FT08 yang merancang perjalanan antara Kuala…
Kereta Berisi Bom Meletup Di Balai Polis Narathiwat
|
Sebuah kereta yang dipasang bahan letupan menggegarkan kawasan Balai…
Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dirempuh Lori Dipandu Datuk Sendiri
|
Suasana tenang di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang,…
Projek Solar LSS5 Pasir Mas Mampu Bekalkan Elektrik Kepada 75,000 Rumah
|
Kelantan bakal melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan tenaga…
Lima Anggota Renjer Thailand Maut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat
|
Lima anggota Renjer Tentera Thailand terbunuh dalam satu serangan…
HRPZ II Bakal Terima Makmal Patologi Baharu Bernilai RM175 Juta
|
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!