Banjir terburuk sejak 40 tahun, Pantai Senok jadi seakan pulau

Fenomena air pasang dan hujan berterusan sejak dua hari lalu menjadikan kawasan pelancongan popular Pantai Senok yang selalu digelar Pulau Nami seakan bertukar menjadi pulau sebenar apabila banjir melimpahi jalan utama, kediaman penduduk dan kawasan sekitar.

Menurut laporan Berita Harian, lokasi pokok Rhu Pulai Nami serta beberapa kampung berhampiran menunjukkan keadaan air yang dipercayai paling buruk dalam tempoh 40 tahun, apabila limpahan air memenuhi laluan utama dan pasar sehingga menyukarkan pergerakan harian penduduk.

Penghulu Mukim Senok, Ahmad Nordin Yusoff berkata beberapa kampung terjejas teruk termasuk Kampung Cherang Laut, Pantai Senok, Sador, Wakaf Aik, Alor Tokpit, Gong Batu dan Padang Nibong.

Menurutnya, laluan utama di Jalan Pantai Senok dan Wakaf Aik kini hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda (4x4), menyebabkan sebahagian penduduk ‘terkepung’ dan tidak boleh berpindah seperti biasa.

“Setiap tahun memang banjir, tapi tahun ini paling luar biasa… tempat yang tak pernah naik air pun naik. Rumah yang tak pernah dimasuki air pun kali ini dimasuki air,” katanya ketika ditemui meninjau keadaan banjir hari ini.

Sebahagian penduduk sudah dipindahkan ke PPS Pengkalan Chengal manakala yang masih kekal di rumah diberi pemantauan berterusan melalui rondaan rumah ke rumah bagi memastikan bantuan dapat disalur jika diperlukan.

Penduduk Kampung Pantai Senok, Habibah Mohamed, 51, keputusan untuk kekal di rumah dibuat kerana menjaga ibunya, Kelthom Yusoff, 89, yang lumpuh dari pinggang ke kaki akibat masalah saraf.

Katanya, keadaan ibunya yang perlu sentiasa berada di katil dan kerap ke tandas menyukarkan mereka berpindah ke PPS.

Namun, Habibah tetap memastikan anak dan cucunya dipindahkan ke PPS untuk keselamatan memandangkan rumah yang didiami sejak 22 tahun telah dinaiki air hampir satu meter sejak Ahad.

BACA: INFO TERKINI LALUAN TERKESAN BANJIR, ARAS SUNGAI SEMASA DAN JUMLAH MANGSA BANJIR DI KELANTAN

“Pagi ini sempat keluar cari barang mentah, takut nanti hujan lebat kita tak boleh keluar langsung,” katanya yang turut menghubungi penghulu untuk memohon bantuan bekalan makanan.

Di Bachok, sebanyak 7 PPS kini dibuka dengan jumlah mangsa seramai 1,860 orang melibatkan 590 keluarga setakat jam 10 malam, 24 November 2025.

KD: Moga semua dipermudahkan dan selamat di sana.



Sumber: Berita Harian

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!