Air sungai melimpah tenggelamkan beberapa laluan pedalaman Gua Musang

Jalan utama menuju ke FELDA Perasu di Gua Musang terpaksa ditutup kepada semua kenderaan pagi tadi selepas laluan itu ditenggelami air susulan hujan berterusan, lapor Berita Harian.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, paras air melimpah ke atas jalan sehingga sedalam setengah meter sekitar jam 8.30 pagi.

Kawasan terjejas dianggarkan sepanjang 100 meter dan papan tanda amaran sudah diletakkan di lokasi.

Penduduk FELDA Perasu dimaklumkan boleh menggunakan laluan alternatif melalui simpang FELDA Chiku sekiranya perlu keluar masuk daripada penempatan itu.

Dalam masa sama, 200 penduduk Batu 11, Kampung Serian kembali terputus hubungan selepas jambatan utama mereka ditenggelami limpahan Sungai Galas sejak jam 7 pagi.

Keadaan itu memaksa penduduk memantau paras air secara berterusan.

Penduduk, Muhamad Rofi Ismail, 58, berkata mereka sudah bersedia berpindah sekiranya air sungai terus naik dan memasuki kawasan kediaman.

Tinjauan di kawasan pedalaman Gua Musang mendapati hujan lebat masih berlarutan, menyebabkan beberapa kawasan rendah dan jalan kampung turut dinaiki air.



Antara kawasan terjejas ialah Kampung Batu 2, Batu 5, Batu 6, Kampung Serian, FELDA Perasu dan Kampung Limau Kasturi.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan