Tebing Sungai Kelantan di belakang rumah runtuh, 3 beranak hidup dalam ketakutan

Suasana di Kampung Gaung, Pendek, Kota Bharu sejak beberapa hari ini penuh dengan debaran apabila tebing di belakang sebuah rumah hampir runtuh sepenuhnya selepas hujan lebat berterusan.

Bagi Harniza Yaacob, 54, dua malam tanpa tidur sudah menjadi kebiasaan kerana setiap bunyi pergerakan tanah membuatkan dia dan keluarganya tidak senang duduk.

Kejadian terbaru berlaku sekitar jam 1 pagi semalam apabila dentuman kuat dari arah belakang mengejutkan mereka.

Sebahagian tebing yang pernah runtuh sebelum ini kembali menggelongsor, meninggalkan jarak hanya tiga meter antara bahagian dapur rumah Harniza dengan tebing yang semakin hilang sedikit demi sedikit.

Runtuhan ini bukan yang pertama. Ia pernah berlaku pada Jun dan November tahun lalu, dan kini keadaannya semakin kritikal apabila hujan lebat sejak Jumaat menyebabkan tanah bertambah lembap serta terus bergerak.

Jarak antara tebing dan Sungai Kelantan kini sekitar 3 meter sahaja.

Setiap malam, Harniza memasang kanvas pada bahagian tanah yang terhakis sebagai langkah sementara. Menurutnya, ramai rakan dan saudara pernah menyarankan supaya mereka berpindah, namun itu bukan pilihan mudah.

“Ini satu-satunya rumah yang kami ada. Kekangan kewangan pun buatkan kami terpaksa bertahan,”

katanya yang kini tinggal bersama anaknya, Rohadatul Athirah berusia 30 tahun dan cucu lelaki berusia setahun yang menghidap sindrom Down.

Harniza menjelaskan bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum ini telah membina benteng baharu bagi mengurangkan risiko runtuhan.

Namun tanah yang sentiasa lembap setiap kali musim tengkujuh mengakibatkan pergerakan tanah terus berlaku, ditambah pula aliran air dari bawah permukaan yang mempercepatkan gelinciran.

Di kawasan sama, runtuhan turut menjejaskan beberapa rumah berhampiran serta sebuah pencawang elektrik, menambahkan kebimbangan penduduk setempat.

“Setiap kali hujan lebat atau paras sungai naik, hati saya jadi tak tenang. Kadang rasa lantai rumah bergegar terutama masa jentera berat buat kerja sebelum ini,” katanya yang hanya bergantung kepada pencen arwah suaminya sejak 2003.

Penduduk kini menunggu kerja pembaikan JPS yang sedang dijalankan dengan harapan tebing dapat distabilkan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk.



KD: Sehari dua ni kita baca tentang banjir dan rumah dinaiki air. Kali ini lain pula, tebing di belakang rumah semakin hilang dek arus sungai yang kuat di musim banjir. Semoga keselamatan keluarga kecil ini dipermudahkan.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!