Mangsa banjir di Kelantan meningkat 1,067 orang, 8 PPS dibuka

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,067 orang melibatkan 427 keluarga susulan hujan lebat berterusan yang melanda beberapa daerah hari ini.

Sehingga jam 9 malam, sebanyak lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas di tiga daerah.

Di Kota Bharu, empat PPS dibuka iaitu SMK Raja Sakti, SK Tapang, SK Parang Puting dan SK Sering.

Sementara itu, daerah Bachok turut membuka dua PPS iaitu SK Pauh Sembilan dan SK Jelawat susulan limpahan air di beberapa kawasan rendah.

Di Tumpat, dua PPS beroperasi iaitu SK Pengkalan Kubur 2 dan SK Sri Tumpat 2, berikutan peningkatan paras air selepas hujan tanpa henti.

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk untuk berwaspada dan mematuhi arahan pemindahan sekiranya keadaan cuaca terus memburuk.



Sumber: Info Bencana JKM

TERKINI

Fadhli Shaari Minta MP Jelutong Tarik Balik Dakwaan Terhadap Kelantan
|
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Ahli…
‘Batman’ Mexico Diburu Polis, Ikat Pencuri Motosikal Pada Tiang Lampu
|
Seorang vigilante atau pejuang jalanan dari Mexico yang digelar…
Kerja Baik Pulih Di Jambatan Bailey Machang Dijangka Siap September Ini
|
Kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pembetung kekotak di laluan…
[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!