‘Polis tangkap polis’ dalang lima kes samun sekitar Kota Bharu

Seorang anggota polis yang sedang digantung kerja akibat kesalahan narkotik sebelum ini ditahan selepas dipercayai mendalangi lima kes samun di sekitar Kota Bharu.

Menurut laporan Berita Harian, suspek berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Pengkalan Chepa pada jam 7 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, serbuan dilakukan selepas polis menerima laporan berhubung kejadian samun terbaharu yang berlaku di sebuah kedai butik terpakai pada 10 November lalu.

Katanya, susulan tangkapan itu polis turut merampas beberapa barangan termasuk pistol tiruan yang digunakan ketika melakukan samun selain pil yaba, topi keledar dan jam tangan.

Beliau berkata, “Pemeriksaan mendapati suspek sudah mendalangi lima kes samun sepanjang tahun ini dan suspek adalah anggota polis unit kereta peronda polis (MPV) yang sedang digantung tugas akibat kesalahan narkotik.”

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek adalah positif dadah. Modus operandi yang dilakukan suspek adalah melakukan samun membabitkan premis perniagaan dengan menunjukkan pistol tiruan bagi menakutkan mangsa,” katanya pada sidang media di sini.



Mohd Yusoff memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!