Pasangan kekasih ditahan, aktif pecah cermin kereta sekitar Kota Bharu

Polis Kelantan berjaya menumpaskan kegiatan pecah cermin kereta yang membawa kerugian lebih RM100,000 selepas menahan pasangan kekasih yang didakwa aktif melakukan jenayah itu sejak setahun lalu.

Pasangan berusia 47 dan 36 tahun itu diberkas dalam serbuan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Sri Cemerlang.

Penahanan itu dibuat pada petang Sabtu susulan kejadian terbaharu di kawasan letak kereta Pasaraya Eco di Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati pasangan tersebut sudah lama terlibat dalam kegiatan pecah kereta itu.

Beliau berkata, “Kesemua 21 kes yang dilakukan melibatkan tahun ini sahaja. Semasa pasangan itu ditahan, kita telah rampasan lima buah telefon bimbit, tablet (1), laptop (1), bag pelbagai jenis (7), wang tunai (RM20), kad bank (3) dan kad peribadi (5).”

“Turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Bezza, satu kotak pemutar skru, set spanar, dua batang pemutar skru dan sebentuk cincin,” katanya seperti dilapor Utusan.

Mohd Yusoff berkata pasangan itu menjadikan lokasi tempat letak kereta yang tidak mempunyai sistem kamera litar tertutup sebagai sasaran utama mereka.

“Modus operandi pasangan kekasih berkenaan adalah mensasarkan kawasan tempat letak kereta yang tiada kamera litar tertutup.

Pada masa sama, kedua-dua suspek juga mengaku turut melatih pelapis untuk melakukan jenayah berkenaan.

Jumlah kerugian yang direkodkan lebih RM100,000,” katanya sebagaimana dilaporkan Berita Harian.

Beliau turut memaklumkan bahawa ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Semakan juga mendapati lelaki berkenaan memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan narkotik dan jenayah, manakala wanita terbabit tidak mempunyai rekod jenayah.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Dengan tangkapan ini, kita berjaya selesaikan 21 kes pecah kereta di sekitar Kota Bharu,” ujarnya.

Sumber: Utusan, Berita Harian

TERKINI

Cemburu Dipercayai Punca Pelajar Kolej Ditikam 61 Kali Di Ketereh, Polis Sifatkan Kes Selesai
|
Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan seorang pelajar kolej…
Belalang Kerek Bukan Sekadar Hobi, Main Peranan Dalam Ekosistem
|
Fenomena memelihara dan mempertandingkan serangga eksotik dikenali sebagai “belalang…
Gadis Ditikam 61 Kali Keluar Makan Dengan 2 Suspek, Muat Naik Status WhatsApp Jam 11 Malam
|
Kes pembunuhan penuntut kolej wanita yang ditemukan mati dengan…
“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
|
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kematian…
“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Jawatan Kosong Kelantan