Polis Kelantan kini sudah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di negeri ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kesemua mereka sedang berada dalam pemerhatian pihaknya sebelum tindakan diambil.
“Di Kelantan ada sindiket sahaja tidak melibatkan kartel dadah.
Kartel dia besar melibatkan luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Menurut beliau, pihaknya buat masa ini tidak dapat mendedahkan latar belakang individu yang dikenal pasti kerana siasatan masih berjalan.
Beliau menjelaskan kebanyakan sindiket ini sudah lama bergiat aktif mengedarkan bahan terlarang itu.
Jelasnya lagi, “hasil tangkapan melibatkan sindiket yang dilakukan mendapati ia terputus kerana individu terlibat tidak mengenali mereka berada di lapisan atas.”
“Hal ini kerana ada yang hanya mengambil upah sebagai penghantar. Bila soal siasat dilakukan, kita sukar mendapat maklumat sebab mempunyai banyak lapisan,” katanya.
Mohd Yusoff turut memaklumkan bahawa polis sentiasa melakukan pemantauan terhadap individu yang memiliki perniagaan besar dan pelik serta hidup dalam keadaan terlalu mewah.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata jumlah rampasan dadah turut menurun sebanyak 56 peratus melibatkan nilai RM28.6 juta berbanding RM64.83 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu dari Januari hingga Oktober.
No posts found!
“Kelantan berada di kedudukan ketiga tertinggi dalam jumlah kes dan tangkapan satu bukti kecekapan JSJN sebagai benteng hadapan Jihad Dadah,” ujarnya.
