Dua lelaki maut dalam kemalangan di jalan Machang–Pasir Puteh

Dua Lelaki Maut Dalam Nahas Motosikal & Kereta Di Jalan Machang–Pasir Puteh

Dua lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Kilometer 4.4 Jalan Machang–Pasir Puteh petang Ahad.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin, berkata kejadian berlaku sekitar jam 4.25 petang, melibatkan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR dan sebuah Perodua Kelisa.

Menurutnya, motosikal yang dalam perjalanan dari Pasir Puteh menuju Machang dipercayai merempuh Perodua Kelisa yang keluar dari simpang kiri untuk masuk ke simpang kanan.

Hasil siasatan awal mendapati pemandu Kelisa, seorang lelaki warga emas, cuba melintas jalan ketika motosikal sedang melalui laluan lurus, menyebabkan penunggang tidak sempat mengelak.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal dan pemandu kereta mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Orang awam yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Fatin Nurhanis Ibrahim di talian 011-19454020 atau Bilik Gerakan IPD Machang di 09-9751222.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Tak Mahu Susahkan Keluarga, Lelaki Sakit Kronik Nekad Tinggal Dalam Hutan Di Rantau Panjang
|
Seorang lelaki sanggup tinggal bersendirian di sebuah bangsal usang…
[VIDEO] Treler Hilang Kawalan Himpit Pikap Di LPT2, Bapa Maut Dua Anak Cedera
|
Satu kemalangan tragis melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Pantai…
Treler Terbabas Melintang Jalan, Trafik Sesak 7 Kilometer Di Gua Musang
|
Awal pagi tadi, pengguna jalan raya di laluan Gua…
Tiada Pesta Air, Singapura Tarik Pelancong Dengan Dikir Barat
|
Tatkala Kuala Lumpur sibuk dengan kemeriahan Festival Rain Wave…
Polis Kelantan Berjaya Selesaikan Kes Pelajar Ditikam Kurang Dari 24 Jam
|
Kes pembunuhan tragis membabitkan seorang pelajar kolej wanita berusia…
“Hedonisme Melampau Bukan Budaya Malaysia” – Exco Kelantan Kritik Pesta Air Bukit Bintang
|
Isu penganjuran Pesta Air Bukit Bintang yang didakwa mencetuskan…
Jawatan Kosong Kelantan