Dua bekas pengikut Ayah Pin antara 13 ditahan di Istana Negeri Kubang Kerian

Dua bekas pengikut Ayah Pin antara 13 ditahan di Istana Negeri, polis tak tolak kaitan ajaran sesat

Kisah perhimpunan misteri di hadapan Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu nampaknya semakin pelik apabila polis mengesahkan dua daripada 13 individu yang ditahan dipercayai bekas pengikut ajaran sesat Ayah Pin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata siasatan mendapati kumpulan itu mendakwa mahu menyerahkan “barangan lama” kepada pihak istana, namun hasil semakan lanjut menunjukkan wujud unsur mencurigakan.

“Dua bekas pengikut Ayah Pin ini berusia 40-an dan antara lima yang disahkan positif dadah,” katanya ketika ditemui media di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Machang, semalam.

Katanya lagi, kumpulan itu mendakwa mahu menyerahkan beberapa objek seperti parang, pedang dan tombak kepada ‘Sultan Muhammad keenam’, dan bukan kepada Sultan Muhammad V seperti yang disangkakan.

“Siasatan awal mendapati mereka nak bagi barang lama, parang, pedang dan tombak untuk diserahkan kepada Sultan Muhammad keenam, bukan yang kelima,” katanya.

Ada kaitan dengan ajaran sesat?

Mohd Yusoff berkata, polis tidak menolak kemungkinan perhimpunan itu ada kaitan dengan unsur ajaran sesat, memandangkan ada antara mereka pernah terlibat dengan kumpulan ajaran menyimpang.

Siasatan lanjut juga sedang dijalankan terhadap tiga individu Orang Asli yang turut berada dalam kumpulan tersebut untuk mengenal pasti peranan masing-masing.

Masih dalam tahanan reman

Kesemua 13 suspek berusia antara 26 hingga 67 tahun termasuk seorang wanita kini direman empat hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.



Kes disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan tidak sah dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 selepas polis menemui pelbagai senjata tajam bersama mereka.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Penduduk Tunggu Sejak 2021, Jambatan Pasir Era Di Kuala Krai Tak Siap-Siap
|
Lebih 3,000 penduduk di lima kampung di seberang Sungai…
Bekas Pakar Bius Dari Bachok Kini Tenang Ternak Kambing
|
Jika dahulu hidupnya dipenuhi tekanan dan detik cemas di…
Individu Kongsi Pengalaman Kembali Guna Khidmat Zaki Tiub Motor Selepas 20 Tahun
|
Nama Mohamad Zaki Mamat, 48, atau lebih dikenali sebagai…
Kelantan Nafi UEC Jadi Syarat Kemasukan Program Asasi KIAS, Hanya SPM Diiktiraf
|
Kerajaan Kelantan menafikan bahawa kelayakan Unified Examination Certificate (UEC)…
7 GRO Warga Asing, 3 PATI Myanmar Ditahan Di Kota Bharu
|
Kegiatan tujuh wanita warga asing yang dipercayai menyalahgunakan pas…
Kes Bunuh OKU Di Bachok: Pasangan Suami Isteri Pula Direman
|
Pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan kes bunuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!