Tahap cintakan negara pelajar pondok di Kelantan rendah – AKM

Ramai Pelajar Pondok Di Kelantan Kurang Faham Nilai Kenegaraan – AKM

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri Kelantan mendedahkan bahawa tahap kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan pelajar sekolah pondok di Kelantan masih berada pada tahap rendah, lapor Sinar Harian.

Menurut Pengarahnya, Zuryati Zakaria, perkara itu dikenal pasti selepas pihaknya turun padang menjalankan beberapa program libat urus bersama pelajar pondok di seluruh negeri.

“Kami dapati kebanyakan pelajar pondok tidak terdedah kepada program kenegaraan. Hal ini kerana aktiviti seperti itu biasanya dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), MARA atau Jakim,” katanya ketika ditemui pada Program Ramah Mesra Bersama Media Kelantan, semalam.

Katanya, AKM kini mengambil pendekatan untuk turun sendiri ke pondok-pondok bagi menanam semangat kenegaraan dan memperkenalkan prinsip Rukun Negara kepada golongan pelajar.

“Kita tidak mahu anak-anak pondok hanya tahu soal agama semata-mata, sebaliknya mereka juga perlu tahu tentang negara dan semangat kenegaraan,” katanya lagi.

Tambahnya, walaupun ramai pelajar pondok tahu menyanyikan lagu Negaraku, namun tidak ramai yang benar-benar memahami maknanya.

“Mereka tahu lagu Negaraku, tetapi sekadar menyanyikannya tanpa menjiwai maknanya,” jelasnya.

Zuryati berkata, inisiatif itu penting kerana ramai pelajar pondok yang menyambung pengajian ke Timur Tengah, dan secara tidak langsung berperanan sebagai “duta kecil” Malaysia di luar negara.

“Apabila mereka berada di luar negara, kefahaman terhadap kenegaraan ini akan membantu mereka membawa imej positif Malaysia di mata dunia,” katanya.



Beliau turut memaklumkan, selepas program dijalankan di dua buah sekolah pondok, AKM menerima sambutan positif apabila beberapa lagi institusi pondok menyatakan minat untuk turut serta.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
|
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kematian…
“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Jawatan Kosong Kelantan